Dapatkan pembiayaan perumahan anda di Bank Islam

Dapatkan pembiayaan perumahan anda di Bank Islam

Sunday, February 13, 2011

iPad untuk dimenangi..!!!

Apaaa..!!!  iPad percuma??? biar betul..


kenapa ?? tak percaya...
CEPAT.... CEPAT... TUNGGU APA LAGI!!
JOM SMS ..


Definasi penangguhan pembayaran Pembiayaan Perumahan Bank Islam



1. Apakah yang dimaksudkan dengan Penangguhan Pembayaran?

Penangguhan Pembayaran ialah satu ciri yang membenarkan pelanggan menangguhkan pembayaran ansuran bulanan setiap bulan November dan Disember sepanjang tempoh pembiayaan. Ini merupakan ciri tambah nilai dimana pelanggan akan mempunyai lebihan tunai setiap hujung tahun.

2. Siapa yang layak menikmati Penangguhan Pembayaran?
Semua pelanggan yang memenuhi kelayakan untuk memohon pembiayaan perumahan dan pembiayaan semula perumahan dibawah kadar terapung layak menikmati Penangguhan Pembayaran.

3. Produk apakah yang melayakan pelanggan menikmati Penangguhan Pembayaran?
Pelanggan yang memohon produk Pembiayaan Perumahan -i Baiti atau Pembiayaan Semula Perumahan -i Wahdah layak menikmati Penangguhan Pembayaran.

4. Apakah perbezaan antara Penangguhan Pembayaran dan pembayaran ansuran biasa?
Dibawah ciri-ciri Penangguhan Pembayaran, pelanggan dibenarkan untuk menangguhan bayaran ansuran bulanan pada bulan November dan Disember setiap tahun. Jumlah ansuran pada bulan tersebut akan dikumpul ditempoh akhir pembiayaan. Pada masa tersebut, pelanggan akan diberikan pilihan untuk meyelesaikan sepenuhnya pembiayaan (samada melalui pengeluaran KWSP ataupun tunai) ataupun penstrukturan semula bagi baki jumlah pembiayaan.

5. Bolehkan pelanggan menukar pilihan dari Penangguhan Pembayaran ke pembayaran ansuran biasa semasa didalam tempoh pembiayaan?
Tidak. Walaubagaimanapun, pelanggan boleh membayar ansuran seperti biasa dan bayaran tersebut akan dikategorikan sebagai bayaran kehadapan.

Tertakluk pada terma dan syarat.

untuk maklumat lanjut  hubungi pusat panggilan Bank Islam 03-26 900 900 (24 jam)

Monday, February 7, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana akhirnya berjaya juga saya membuat blog sendiri.. asyik lawat blog orang je.. teringin juga nak ada yang sendiri... apa pun tujuan sebenar adalah lebih kepada ingin berkongsi maklumat juga ilmu yang ada terutamanya yang berkaitan dengan bank dan juga pembiayaan...Setelah hampir 10 tahun bekerja di bank banyak pengetahuan & pengalaman yang saya ingin dikongsi bersama dengan blogger dan rakyat Malaysia umumnya.. Diharap rakan2 blogger dapat sama2 memberi komen serta pendapat di ruangan saya ini....